Left Terus membeli-belah
Pesanan anda

Anda tidak mempunyai item dalam troli anda

Anda mungkin menyukai
Daripada 90.00 MYR 100.00 MYR
Tunjukkan pilihan
Daripada 70.00 MYR
Tunjukkan pilihan
Promosi
Baca lagi

RAJIN-RAJINLAH URUT MUKA ESPECIALLY SELEPAS MANDI PADA WAKTU PAGI ATAU SEBELUM TIDUR MALAM

Basically, semasa tengah cuci muka sebelum mandi tu dah boleh urut terus. Tapi, nanti lama-lama pedih pula kalau pencuci wajah tu termasuk mata. 

So, better la anda buat urutan wajah atau facial massage tu ketika sedang apply skin care. Lebih bagus tau, 2 in 1 terus! Bagi semua produk tu masuk menyerap ke dalam kulit.

Barulah nanti kulit muka jadi Vass! Lebih anjal, tegang, V-Shape & nampak awet muda 5 hingga 10 tahun daripada umur sebenar!

Di sini, kami kongsikan 4 teknik urutan mudah yang anda boleh lakukan pada setiap hari. Selain menganjalkan, rutin ini jika dipraktikkan pada setiap hari dapat melancarkan peredaran darah di wajah ya.  Bagus ke bagus sangat tu? 

 

LANGKAH 1: 

  1. Mulakan urutan dari bawah dagu hingga ke rahang pipi dengan menggunakan dua ibu jari tangan.
  2. Tarik ke atas secara perlahan-lahan. Pastikan berikan sedikit tekanan pada wajah ketika melakukannya.
  3. Anda boleh ulangi teknik ini selama 10 hingga 15 kali.

 

LANGKAH 2:

  1. Kemudian, urut dengan tekanan sederhana mulai di dari tepi hidung hingga ke bahagian sisi telinga.
  2. Urutan yang dilakukan mestilah hanya pada satu arah sahaja iaitu ke atas.

 

LANGKAH 3:

  1. Seterusnya, urut bahagian bawah mata hingga ke tepi mata secara lembut kerana kulit di sekitar kawasan itu nipis.
  2. Lakukan urutan mengikut bentuk otot muka yang berada di sekitar itu.

 

LANGKAH 4:

  1. Lakukan urutan di bahagian T-Zone. 
  2. Mulai daripada batang hidung di tengah, tekan sedikit jari & terus urut ke atas dahi perlahan-lahan
  3. Lakukan proses urutan ini sebanyak 10 hingga 15 kali. 

 

SAMBIL APPLY LORRAINE BEAUSKIN SERUM, BOLEH URUT WAJAH

 

Untuk kesan yang lebih baik, anda boleh jadikan pembersih wajah, losyen, moisturizer atau serum sebagai ‘pelincir’ ketika mengurut supaya kulit wajah tidak sakit.

 

Selain itu, dengan berbuat demikian juga ia membantu produk itu menyerap masuk ke dalam lapisan kulit supaya masalah di wajah seperti jeragat, bintik hitam, parut jerawat & sebagainya dapat dirawat.

 

Simple kan? Boleh lakukan sendiri kat rumah tanpa perlu mengeluarkan bajet yang tinggi.

 

Boleh ke guna face roller jade, gua sha atau peranti kecantikan urut wajah yang ramai wanita gunakan masa kini tu? Boleh saja sebab lain orang lain cara & bajet poketnya.

 

Percaya atau tidak, dengan teknik urutan wajah ini juga ia menjadikan kita lebih berasa tenang. Cubalah amalkan sekarang!