Left Terus membeli-belah
Pesanan anda

Anda tidak mempunyai item dalam troli anda

Anda mungkin menyukai
Daripada 90.00 MYR 100.00 MYR
Tunjukkan pilihan
Daripada 70.00 MYR
Tunjukkan pilihan
Promosi
Baca lagi

NIACINAMIDE: BAGUS UNTUK KULIT WAJAH, BETUL KE?

Sebut pasal memiliki wajah yang cantik, semua orang terutamanya kaum Hawa nak cantik kan? Kadang, tak kisah berhabis duit sebab nak tampil menarik & lebih berseri.

 

Pelbagai make up, produk skin care & rawatan kulit semua dibeli serta dilakukan. Betul lah tu, tak salah pun sebab pilihan di tangan masing-masing betul tak?

 

Tapi, cuba check dalam salah satu produk skin care anda terutamanya, ada tak kandungan bahan aktif dipanggil niacinamide digunakan?

 

 

APA ITU NIACINAMIDE?

Turut dikenali sebagai vitamin B3 & nicotinamide, niacinamide merupakan satu daripada vitamin yang boleh larut dalam air & ia sangat powerful untuk mencantikkan kulit . 

 

Antara fungsi vitamin ini, ia mampu membantu melawan jerawat, memudarkan parut, mengecilkan liang pori, meratakan warna kulit, mencerahkan kulit wajah yang kusam dan mengaburkan garis halus tanda penuaan pada wajah. Bagus kan?

 

KENAPA ANDA PERLU GUNAKAN NIACINAMIDE?

 

 

Yang membuatkan vitamin B3 ini unik adalah kemampuannya yang dapat digunakan bersama bahan antioksidan lain seperti  hyaluronic acid, vitamin C dan sebagainya.

 

Sifatnya yang sesuai digunakan untuk semua jenis kulit juga menjadikannya vitamin paling digemari oleh kebanyakan skin care junkies.

 

Contohnya, jika anda memiliki masalah kulit kering, penggunaan produk yang mempunyai niacinamide berupaya meningkatkan lagi kelembapan pada kulit. 

 

BERSIHKAN WAJAH DENGAN LORRAINE CLEANSING BAR SOAP

 

Untuk hasil terbaik, sebaiknya anda mengaplikasikan niacinamide dalam produk pembersih wajah untuk melembap & menutrisikan kembali kulit wajah.

 

Antara pencuci wajah yang boleh dijadikan pilihan adalah Lorraine Cleansing Bar Soap ini. Kandungan niacinamide di dalamnya membantu membersihkan wajah, mengurangkan kedutan, meningkatkan, kelembapan dan merangsang pemulihan kulit.

 

KELEBIHAN LORRAINE CLEANSING BAR SOAP

 

1. Mempercepat pemulihan & meningkatkan ketahanan kulit

  • Niacinamide membantu membina keratin, sejenis protein yang menjaga untuk tetap sihat & kuat. Niacinamide juga merangsang pembentukan lapisan ceramide yang berfungsi sebagai pelindung & penjaga kelembapan jaringan kulit.

 

2.  Memudarkan parut jerawat & merawat jeragat

  • Beberapa kajian mendapati, niacinamide dapat membantu dalam memudarkan bintik gelap termasuk parut jerawat & jeragat. Niacinamide bertindak menyekat pembentukan melanin  & merangsang penghasilan kolagen.

 

3. Mengurangkan keradangan kulit seperti kemerahan & kegatalan

  • Niacinamide di dalam sabun ini boleh meredakan kemerahan daripada reaksi alergi, jerawat dan masalah keradangan kulit yang lain.

 

4. Mencerahkan wajah

  • Gabungan Glutathione bersama Vitamin C & niacinamide di dalam sabun ini menolong tingkatkan lagi proses pencerahan pada kulit.